Latar Belakang

Syarikat

Zabeeh Services Sdn. Bhd. (1100144-T) telah ditubuhkan pada tanggal 3 Julai 2014 dan beroperasi di alamat No. 80-1A, Jalan 3, Batu Caves Centrepoint, 68100 Batu Caves, Selangor. Zabeeh Services Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah. Kami menawarkan kemudahan kepada umat Islam dalam menyempurnakan ibadah qurban dan aqiqah dengan mudah serta dilaksanakan di tempat-tempat yang lebih memerlukan.

 
Zabeeh Services Sdn. Bhd. mensasarkan pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah ini dibuat di negara-negara yang mana penduduk lslamnya berada dalam keadaan serba kekurangan. Antara negara-negara tersebut ialah seperti Myanmar, Indonesia, Bangladesh, Laos, Kemboja, Thailand, Filipina, India dan Kenya. Kami telah berpengalaman selama lebih sembilan tahun dalam melaksanakan ibadah qurban dan aqiqah di luar negara

Visi

Menjadi sebuah syarikat pengurusan sembelihan dan perwakilan ibadat qurban dan aqiqah yang terbaik di Malaysia dan serantau dunia.

Misi

Memberikan perkhidmatan pengurusan sembelihan dan perwakilan ibadah qurban dan aqiqah terbaik dan berkualiti serta mesra pelanggan.

Objektif

Menawarkan perkhidmatan pengurusan sembelihan dan perwakilan ibadah qurban dan aqiqah dengan harga yang berpatutan.

Memberikan khidmat nasihat kepada para pelanggan yang mempunyai persoalan berkaitan sembelihan ibadah qurban dan aqiqah.

Memastikan setiap amanah yang diwakilkan oleh pelanggan dilaksanakan secara efektif dan efisyen mengikut syarak serta memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Melaksanakan sembelihan dan mengagihkan daging-daging tersebut di tempat-tempat yang terdapatnya umat Islam yang memerlukan.

Slogan Kami

"Ibadah Qurban Ukuran Ketaqwaan"

© Hak Cipta Terpelihara © 2007-2021 @ Zabeeh Services Sdn Bhd.