Ada persoalan? Kami di sini untuk menjawab persoalan anda.
Sila pilih kategori persoalan anda di bawah.
Qurban
Apa itu Qurban?
Qurban ialah penyembelihan binatang yang dilakukan pada hari raya aidiladha iaitu 10 zulhijjah (selepas solat) dan pada hari tasyrik berikutnya iaitu 11,12,13 zulhijjah.
Kenapa Qurban perlu dilaksanakan?
Qurban hendaklah diniatkan sebagai ibadah kepada Allah swt dan tidak boleh atas tujuan lain. Qurban ini mengikut sunnah sebagai menghidupkan syariat nabi Ibrahim as yang kemudiannya disyariatkan kepada nabi Muhammad saw. “maka dirikanlah solat kerana tuhanmu dan berkorbanlah.” – surah al kawthar 108:2
Apakah hukum melaksanakan Qurban?
Sunat muakad (sunat yang sangat-sangat dituntut). Jika tidak laksanakan amatlah rugi. Rasullah saw bersabda “aku disuruh berkorban dan ia sunat bagi kamu” – Riwayat At-Tarmizi.
Hikmah & Fadhilat melaksanakan Ibadah Qurban?
- Menghidupkan sunnah nabi Ibrahim as -mendekatkan diri kepada allah dan mendidik jiwa ke arah taqwa.
- Menghapus dosa & mengharap redho Allah.
- Mengikis sifat tamak & melahirkan sifar murah hati.
- memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian sirat di akhirat kelak Rasullah bersabda “muliakanlah korban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu meniti titian pada hari kiamat.”
Bilakah hari pelaksanaan Qurban?
Pada hari raya Aidiladha iaitu 10 Zulhijjah dan diikuti dengan hari-hari tasyrik pada 11,12,13 Zulhijjah.
Boleh ke buat qurban untuk orang yang sudah meninggal dunia?
- Bukan sunat muakkad lagi hukumnya tetapi harus. Jika qurban tersebut untuk ibu bapa yang sudah meninggal juga diterima kerana amalan yang diniatkan oleh anak insha allah sampai pada ibu bapa mereka.
- Jika qurban itu diwasiatkan maka wajib laksanakan.
Adakah memadai niat diatas kertas atau telefon sahaja?
Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat
Boleh ke saya qurbankan untuk anak saya tetapi saya tak bagitau dia?
Ibadah qurban ini dilakukan oleh seseorang untuk dirinya. Maka jika nak buat untuk anak sebaik-baiknya dimaklumkan kepada mereka agar mereka tahu mereka juga berkorban. Dalam masa yang sama kita mengajar mereka untuk melakukan pada masa akan datang.