F.A.Q

Ada persoalan? Kami di sini untuk menjawab persoalan anda.
Sila pilih kategori persoalan anda di bawah.

Aqiqah

Apa itu Aqiqah?

Dari segi syara’ : binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Rasullah bersabda “setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke-7 (daripada hari kelahirannya), dicukur rambutnya dan diberi nama” – riwayat abu daud, at tarmizi dan ibnu majah

Kenapa Aqiqah perlu dilaksanakan?

Disyariatkan oleh rasullah saw “bayi tregadai dengan aqiqahnya.” – riwayat At-tarmizi. Sebagai tanda ibu bapa mensyukuri nikmat mendapat anak. Ianya juga sunnah rasullah s.A.W

Apakah hukum melaksanakan Qurban?

Sunat muakad – sunat yang sangat-sangat dituntut. Jika tidak laksanakan amatlah rugi.

Bilakah hari terbaik untuk laksanakan aqiqah

Sebaiknya dilaksanakan pada hari ke 7 mengikut sunnah rasullah atau 14 atau 21 atau selagi dia belum baligh.

Siapa yang perlu laksanakan Aqiqah?

Ibu bapa kepada yang mendapat anak.

Berapa ekor haiwan sembelihan Aqiqah untuk anak lelaki & perempuan?

Yang terbaik untuk anak lelaki adalah 2 ekor kambing; Untuk anak perempuan seekor kambing sahaja. Hadis dari siti aisyah r.A “rasullah telah menyuruh kami mengerjakan aqiqah bayi lelaki 2 ekor kambing yang bersamaan kedua-duanya dan bayi perempuan seekor kambing” – riwayat at-tarmizi. Dalam kes anak lelaki, aqiqah seekor kambing pun sah kerana rasullah mengaqiqahkan cucu beliau hasan & husain dengan seekor kibasy – riwayat abu daud.

Adakah memadai niat diatas kertas atau telefon sahaja?

Akad hukumnya sunat, akad adalah lafaz niat

Apakah hukum melaksanakan Aqiqah bagi yang baru memeluk Islam?

Harus suaminya diaqiqahkan.

Bolehkah saya laksanakan Aqiqah bagi anak yang sudah meninggal dunia?

Hukumnya bukanlah sunat muakkad tetapi sunat. Ianya sebagai tanda mensyukuri mendapat anak. Semoga kita mendapat syafaat daripada beliau sebagai anak kita.

© Hak Cipta Terpelihara © 2007-2024 @ Zabeeh Services Sdn Bhd.